Cabutan bertuah bulanan di Pasar Tani Masjid Bukit Perah

Mohd Zulkhairi (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah bagi bulan Januari di Pasar Tani Masjid Bukit Perah.
Mohd Zulkhairi (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah bagi bulan Januari di Pasar Tani Masjid Bukit Perah.
A
A
A

BUKIT PERAH - Aktiviti cabutan bertuah secara bulanan menjadi daya tarikan terbaru kepada pengunjung yang berbelanja di Pasar Tani Masjid Bukit Perah, Ajil.

Pegawai Fama Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zulkhairi Razak berkata, aktiviti itu dilaksanakan bermula Januari lalu dan dengan setiap pembelian RM10 ke atas layak menyertai cabutan tersebut.

Menurutnya, Pasar Tani Masjid Bukit Perah yang pertama di Hulu Terengganu melaksanakan aktiviti berkenaan.

“Tujuannya bagi menghargai pengunjung setia pasar tani itu yang beroperasi setiap Ahad.

“Secara tidak langsung juga menggalakkan lagi kedatangan pengunjung ke sini,” katanya.

Mohd Zulkhairi berkata, terdapat empat pasar tani di daerah ini iaitu di Kuala Berang, Kuala Berang Ping dan di Kampung Menerong, Ajil serta di Bukit Perah.

Katanya, pihak Fama kini dalam perancangan mewujudkan sebuah lagi pasar tani baharu di Hulu Terengganu berdasarkan permintaan penduduk.

Artikel Berkaitan: