Kilang cat disyaki cemar loji rawatan kumbahan

Sebuah kilang pembuatan dan penjualan cat di Taman Industri Nautical diserbu SPAN selepas dipercayai membuang sisa pembuatan cat ke dalam sistem pembetungan dan seterusnya masuk ke loji rawatan kumbahan awam.

A
A
A

RAWANG - Sebuah kilang pembuatan dan penjualan cat di Taman Industri Nautical diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas dipercayai membuang sisa pembuatan cat ke dalam sistem pembetungan dan seterusnya masuk ke loji rawatan kumbahan awam.

SPAN menerusi kenyataan memaklumkan pemeriksaan mengejut dijalankan di kilang berkenaan berikutan hasil aduan daripada pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) berkenaan kemasukan efluen terlarang ke dalam loji rawatan kumbahan mereka.

"Operasi bersepadu dijalankan melibatkan pihak SPAN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

"Tindakan ini isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki melepaskan sebarang efluen terlarang ke dalam lurang pembetungan awam," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Operasi bersepadu dijalankan melibatkan pihak SPAN, Polis Diraja Malaysia(PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

Katanya, apa yang berlaku ini sekaligus akan memberi impak kepada sistem rawatan kumbahan awam dan juga alam sekitar.

"Perbuatan melepaskan atau membuang sebarang efluen terlarang ke dalam sistem pembetungan awam boleh disiasat di bawah Seksyen 61(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 Akta 655.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran para pengguna boleh menghubungi talian 03-8317 9333 atau emel aduan@span.gov.my.