DBKL serbu pusat pelacuran warga asing

Premis yang disita DBKL dalam serbuan pada Ahad.
Premis yang disita DBKL dalam serbuan pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu sebuah premis di Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) di sini yang dijadikan pusat pelacuran warga asing pada Ahad.

Difahamkan, perkhidmatan seks itu hanya ditawarkan kepada warga asing dengan bayaran minimum RM50.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan tindakan dilaksanakan selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerima aduan daripada orang awam berhubung kegiatan tidak bermoral di premis terbabit.

"DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dengan kekuatan tiga pegawai dan 11 anggota penguat kuasa melaksanakan Operasi Tindakan Khas terhadap premis pada jam 1 tengah hari (Ahad).

"Operasi khas ini melibatkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah premis berkaitan pengoperasian rumah pelacuran melibatkan warganegara asing dan lain-lain kesalahan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, tindakan penutupan premis dibuat dan satu notis tutup premis dikeluarkan di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

DBKL memaklumkan pihaknya turut meroboh lapan struktur bilik serta merampas 23 unit pelbagai peralatan seks di premis terbabit.

"Tindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta mengikut bidang kuasa dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

Artikel Berkaitan:

"Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya.