Mangsa banjir perlu ikut arahan pindah ke PPS: Hajiji

Penduduk di sekitar Pekan Donggongon Penampang melintasi jalan raya di bulatan Sigar yang ditenggelami banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam. -Foto Bernama
Penduduk di sekitar Pekan Donggongon Penampang melintasi jalan raya di bulatan Sigar yang ditenggelami banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam. -Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua penduduk yang terjejas banjir di negeri ini supaya segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini berlaku.

"Mangsa banjir perlu mendengar nasihat pihak berkuasa. Apa yang paling penting semua mangsa banjir juga perlu mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di PPS agar tiada penularan Covid-19 berlaku di situ.

"Sekarang kita bukan sahaja berhadapan dengan masalah banjir tetapi kita juga sedang berhadapan dengan Covid-19. Oleh itu, kita tidak mahu ada jangkitan berlaku di PPS," katanya kepada pemberita selepas meninjau dan melawat mangsa banjir di kawasan Penampang dekat sini pada Ahad.

Sementara itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri akan membantu sebaik mungkin untuk mengurangkan bebanan mangsa banjir di seluruh Sabah dengan menyediakan kemudahan PPS, bantuan bakul makanan dan kewangan.

"Kerajaan akan sentiasa memantau keadaan banjir di negeri ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu mangsa yang terlibat," katanya.

Setakat jam 4 petang tadi, seramai 270 mangsa banjir ditempatkan di sembilan buah PPS di Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: