Paling menyedihkan selepas 43 tahun

Ishak ketika ditemui pemberita berdekatan kawasan Air Terjun Tanjung Batu di Manjung, Perak pada Ahad.
Ishak ketika ditemui pemberita berdekatan kawasan Air Terjun Tanjung Batu di Manjung, Perak pada Ahad.
A
A
A

MANJUNG - "Sudah banyak kali saya masuk ke kawasan air terjun ini, selepas 43 tahun, inilah keadaan paling menyedihkan," luah seorang penduduk, Ishak Mohamad, 63.

Ishak berkata, kerosakan yang berlaku di kawasan Air Terjun Tanjung Batu itu sesuatu yang tidak boleh diterima apatah lagi ia dilakukan secara sah oleh syarikat yang diluluskan kerajaan negeri.

"Kita bukan membantah pembangunan, tetapi jika mereka nak buat, mereka harus prihatin dengan keadaan alam sekitar.

"Tempat ini boleh dijaga, hanya disebabkan tidak ada sifat peduli dan tanggungjawab, macam inilah jadinya," katanya.

Beliau mengakui, ramai penduduk kecewa dan terkejut dengan keadaan terkini air terjun itu yang sudah dianggap sebagai khazanah berharga bagi kawasan Segari.

"Kita haraplah pihak berwajib beri perhatian akan perkara ini, jangan abaikan atau pekakkan telinga.

"Kalau boleh menteri besar sendiri turun padang dan tengok keadaan di sini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Air Terjun Tanjung Batu musnah

Artikel Berkaitan: