Sambut Tahun Baharu Cina dengan wayang kulit

Anak lelaki Boon Ann, Kang Xiau Ren, 21, meniup serunai dengan diiringi pemuzik lain mengalunkan irama wayang kulit.
Anak lelaki Boon Ann, Kang Xiau Ren, 21, meniup serunai dengan diiringi pemuzik lain mengalunkan irama wayang kulit.
A
A
A

KOTA BHARU - Berbangsa Cina tetapi menyambut Tahun Baharu Cina dengan persembahan alunan muzik wayang kulit dan mak yong.

Tiada persembahan tarian singa seperti lazimnya tetapi ia tetap meriah malah sangat unik menggambarkan keharmonian kaum.

Bagi komuniti minoriti di sini, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka mengenali keluarga Kang Boon Ann, 51, di Kok Lanas di sini, sebagai tok dalang wayang kulit.

Boon Ann berkata, sambutan itu bagi mengumpul penggiat seni yang merupakan rakannya dari seluruh daerah negeri ini.

“Kami berkumpul sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi meraikan kemeriahan bersama. Lagi pun kali terakhir kami bertemu beramai-ramai adalah tiga tahun lepas dan kali ini kebetulan ramai yang pulang bercuti.

“Hari biasa kami sukar bertemu kerana sibuk dengan tugas masing-masing, jadi musim cuti begini saja lah dapat berkumpul,” katanya.

Menurutnya, lebih 10 lagu daripada persembahan wayang kulit dan mak yong didendangkan untuk menghiburkan tetamu dipersembahkan kumpulannya yang diberi nama Cindayu mewakili kaum Cina, India dan Melayu.

“Kami antara yang mempelopori seni ini, meskipun berbangsa Cina tapi kami boleh mempersembahkan wayang kulit dan mak yong,” katanya.

Artikel Berkaitan: