X

Kindly register in order to view this article
!

MB Kedah disahkan negatif Covid-19

Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan Covid-19.

Beliau menjalani ujian saringan itu pada Khamis di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan merentas negeri bagi menghadiri mesyuarat di Putrajaya.

Menurutnya, ujian berkenaan merupakan rutin sebelum keluar dari Kedah, terutama ketika pandemik semakin membimbangkan.

“Ini merupakan kali ke-14 saya menjalani ujian saringan Covid-19. Alhamdulillah semua keputusan negatif.

"Ujian terbaru dilakukan kerana saya perlu hadir ke Sidang Darurat Malis Keselamatan Negara di Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Jumaat, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan.

Idris menjadi kontak rapat ahli Pas yang hadir dalam program parti di Perlis pada Khamis dan di Kedah pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Naib Presiden Pas positif Covid-19

Idris turut menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pas di Kuala Lumpur pada 9 Januari, yang dipengerusikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu termasuk Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, ujian saringan yang dilakukan beliau tiada kaitan dengan Idris yang dikatakan mempunyai kontak rapat dengan beliau sebelum ini.

“Saya hanya dimaklumkan mengenai Idris positif Covid-19 selepas memperoleh keputusan ujian saringan saya.

Saya juga difahamkan, semua yang hadir pada mesyuarat Pas itu telah menjalani ujian saringan apabila dimaklumkan mengenai kes terbabit. Alhamdulillah setakat ini semua negatif,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!