X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Wilayah Persekutuan bermunajat bermula hari ini

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melalui masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat bermula hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melalui masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat bermula Ahad.

Jawi dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu susulan situasi terkini penularan wabak Covid-19 dalam negara, melibatkan pengisian solat hajat, zikir dan doa munajat selepas solat maghrib dan solat Jumaat secara serentak di masjid, surau Jumaat dan surau serta kediaman dan dilakukan setiap hari sehingga wabak itu berakhir.

“Kaedah pelaksanaan program ini adalah dengan memastikan imam yang bertugas di masjid, surau Jumaat dan surau membacakan teks zikir dan doa yang telah disediakan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan menggunakan pembesar suara yang jelas didengar selain boleh diikuti secara langsung dalam Facebook rasmi JAWI.

“Marilah kita semua terus bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT agar penularan wabak Covid-19 dapat segera dibendung serta negara sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada ALLAH SWT,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!