X

Kindly register in order to view this article
!

Dapatkan kebenaran PKOB sebelum sertai misi pasca banjir di Pahang

Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung misi pasca banjir di negeri itu.
A
A

KUANTAN - Polis Pahang mengingatkan mereka yang ingin melakukan misi bantuan pasca banjir di negeri itu agar mendapatkan kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah sebelum melakukan perjalanan merentas negeri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, mereka yang tiada surat kebenaran itu akan diarah berpatah balik dan dikompaun RM1,000 jika ingkar.

"Untuk memudahkan urusan, saya berharap mereka yang mahu menghantar bantuan mencetak kelulusan PKOB daerah dan mengemukakannya kepada polis semasa membuat permohonan permit merentas negeri.

"Ini untuk mengelakkan kekeliruan kerana ada yang berpendapat permit rentas negeri daripada polis sudah mencukupi, sedangkan ketetapan kerajaan negeri ialah mereka perlu mendaftar di https://ebanjir.pahang.gov.my dan menunggu kelulusan diberikan," katanya pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 13 sekatan jalan raya diadakan di sempadan negeri termasuk di laluan tikus seperti di Rompin yang merupakan laluan masuk dari selatan, Cameron Highlands (utara), Bentong (Lembah Klang), Lipis (Kelantan) dan Kuantan (pantai timur).

"Mereka dari luar Pahang yang mendapat kebenaran PKOB juga hanya boleh menghantar bantuan itu ke PKOB daerah dan terus bergerak pulang kerana barangan itu akan diagihkan oleh PKOB," jelasnya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pahang larang NGO dari luar lakukan aktiviti pembersihan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!