X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir pulih, semua PPS di Johor ditutup petang ini

Beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) membantu Majlis Daerah Kota Tinggi membersihkan pusat bandar Kota Tinggi selepas banjir dua kali melanda.
A
A

JOHOR BAHRU - Banjir di Johor pulih apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 93 mangsa banjir daripada 23 keluarga ditutup jam 2 petang pada Ahad.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, dua PSS terakhir tersebut sebelum ini menempatkan mangsa banjir dari Segamat dan Batu Pahat yang menghadapi banjir termenung di kampung mereka sejak Jumaat.

"Seramai 76 mangsa banjir melibatkan 20 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak di Segamat yang ditempatkan di Sekolah Agama Gemereh dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Begitu juga 17 mangsa banjir melibatkan tiga keluarga dari Kampung Talang Benut di Batu Pahat yang sebelum ini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Benut sudah pulang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan laporan jabatan itu air pasang berlaku pada Ahad iaitu di Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada jam 1.34 pagi dan 12.03 tengah hari dengan ketinggian 261 dan 187 meter (M).

Katanya, di Johor Bahru, air pasang turut berlaku pada jam 2.28 pagi dan 1.55 petang (317 dan 313M) dan di Kukup, Pontian pula jam 2.13 pagi dan 1.36 petang (271 dan 352M).

Tambahnya, bagi jalan yang terjejas pula hanya satu iaitu Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian di Kluang berikutan tanah runtuh, susulan itu ditutup untuk laluan semua kenderaan.

Mangsa banjir di Kampung Seremin, Segamat membersihkan kediaman mereka daripada tanah dan lumpur selain menjemur perkakas rumah selepas banjir surut.
Mangsa banjir di Kampung Seremin, Segamat membersihkan kediaman mereka daripada tanah dan lumpur selain menjemur perkakas rumah selepas banjir surut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!