Polis buru peragut di pasar raya

Rakaman kamera litar tertutup memaparkan suspek meragut seorang wanita di sebuah pasaraya di Balakong di sini pada 11 Januari lalu.
Rakaman kamera litar tertutup memaparkan suspek meragut seorang wanita di sebuah pasaraya di Balakong di sini pada 11 Januari lalu.
A
A
A

KAJANG - Polis sedang mengesan individu yang disyaki terlibat dalam dua kes ragut di sebuah pasar raya di Batu 11 Balakong di sini pada 11 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua wanita yang menjadi mangsa dalam kejadian itu.

"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan menuju ke parkir kereta di pasar raya berkenaan. Mangsa kehilangan barang kemas, barang peribadi, wang tunai serta kunci kenderaan," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Mohd Zaid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Sarjan Zharif Shah di talian 012 5925390.

"Kita percaya suspek yang sama melakukan jenayah ragut dalam kedua-dua kejadian itu. Kes disiasat di bawah sek 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek menunggang motosikal meragut dua wanita di sebuah pasar raya tular di laman sosial.

Artikel Berkaitan: