'Flip-flop' ke arah kebaikan tak apa, kata Annuar

Pembukaan taman awam dibenarkan dengan SOP yang ketat.
Pembukaan taman awam dibenarkan dengan SOP yang ketat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan kekeliruan berhubung kebenaran pembukaan semula taman awam seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikatakan tidak selari dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Annuar berkata, pihaknya mengakui menerima sindiran daripada beberapa pihak berhubung kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu.

Beliau menjelaskan, kebenaran tersebut tidak dilakukan secara bersendirian sebaliknya diputuskan secara bersama selepas dibawa dalam mesyuarat Pusat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan (CMC WP) dan dibangkitkan dalam mesyuarat MKN.

"Selepas dibincang secara elok-elok maka kita bersetuju taman awam dibuka dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: Taman awam ditutup untuk aktiviti riadah, sukan

Taman awam seliaan DBKL dibenarkan buka

Ahli Parlimen PH bantah penutupan taman awam di Kuala Lumpur

"Ada beberapa hantaran yang menyindir saya, tidak apa, saya okey. Mulanya taman awam ditutup tetapi apabila ada pandangan balas maka kita teliti dan lihat kewajaran mengikut kesesuaian.

Artikel Berkaitan:

"Ada yang kata ini adalah 'flip-flop'... ubah keputusan jika ke arah kebaikan tak apa, jangan 'flip-flop' yang menimbulkan kekeliruan, benda baik kita mesti lakukan," katanya pada siaran langsung di Facebook beliau pada Ahad.

Annuar
Annuar

Jumaat lalu, Annuar memaklumkan yang taman awam di bawah seliaan DBKL akan dibuka semula bagi membolehkan orang awam melakukan aktiviti berjoging dan berbasikal secara bersendirian, manakala aktiviti berkumpulan adalah dilarang.

Tambah Annuar, beliau berharap kebenaran pembukaan taman awam itu tidak dijadikan isu sebaliknya meminta orang awam terus mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.

"Kita mesti jadi kerajaan yang mendengar, apabila keluar arahan, tak boleh 'rigid', kena uruskan benda ini dengan baik dan dengar pandangan rakyat.

"Hidup mesti diteruskan tetapi nyawa perlu dilindungi. Aktiviti harian, soal cari makan juga perlu dijaga," katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengeluarkan arahan penutupan taman awam di negeri-negeri di bawah PKP.

Ismail berkata, aktiviti seperti berbasikal dan joging yang dibenarkan sepanjang 14 hari PKP adalah di sekitar kawasan kejiranan sahaja.