X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

'Proklamasi darurat bukan untuk PM beraja di mata, bersultan di hati'

Muhyiddin - Foto fail Bernama
A
A

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Senator Muhammad Zahid Md Arip menegaskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjaya memperlihatkan keupayaannya menerajui kepimpinan negara apabila berlakunya pandemik Covid-19.

Beliau berkata, walaupun ekonomi di seluruh dunia merudum, namun bantuan kepada rakyat daripada pelbagai kelompok tidak pernah diabaikan.

“Beliau meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaannya di kala musuh politiknya begitu ghairah untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpinnya.

“Proklamasi darurat bukan untuk Tan Sri beraja di mata, bersultan di hati. Proklamasi ini ada tempohnya bukan sehingga kiamat. Sampai masanya nanti proklamasi ini akan berakhir juga.

“Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada kerajaan, berkenaan supaya proklamasi darurat ini dilaksanakan demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu darurat, kerajaan ada kuasa kawal Covid-19: Tun M

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan menyatakan bahawa Muhyiddin dilihat masih belum menunjukkan kemampuan untuk menangani masalah negara biarpun susulan pengisytiharan darurat.

Muhammad Zahid
Muhammad Zahid

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, proklamasi darurat yang diisytiharkan itu memberikan kuasa yang besar kepada Perdana Menteri selain menghentikan politiking.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, pengisytiharan darurat itu merupakan satu langkah kediktatoran.

Mengulas lanjut, Zahid yang merupakan Ahli Dewan Negara berkata, mereka yang cemburu kepada Muhyiddin akan sentiasa buta dan pekak daripada dapat melihat serta mendengar usaha serta kesungguhannya menangani tempoh yang sukar ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!