Polis Selangor positif kempen 'Rasuah Busters' Sinar Harian

ARJUNAIDI
ARJUNAIDI
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor menerima baik kempen 'Rasuah Busters' yang dianjurkan Sinar Harian.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, langkah Sinar Harian menganjurkan kempen berkenaan adalah bukti media turut memainkan peranan dalam membantu membanteras isu penyalahgunaan kuasa.

Dengan cara itu, katanya, mesej yang disampaikan amat jelas iaitu mahu masyarakat menghindari rasuah.

"Tiada pemberi rasuah, sudah tentu tiadalah penerimanya dan rasuah juga membinasakan.

"Sekiranya orang ramai ada maklumat mengenai isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah khususnya dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), kita alu-alukan untuk salurkan kepada kita untuk tindakan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Arjunaidi berkata, secara keseluruhan pegawai dan anggotanya di Selangor terdiri daripada mereka yang berintegriti dan terbukti apabila banyak kejayaan yang dicapai dalam menyelesaikan kes jenayah dan narkotik.

Beliau berkata, ia membuktikan pegawainya menjalankan tanggungjawab dengan efisien bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat.

"Cuma saya akui daripada segi pelanggaran undang-undang dan salah guna kuasa ada berlaku, tapi hanya segelintir sahaja. Ini yang menyebabkan imej kita tercalar.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi jika hendak bandingkan dengan kejayaan yang dikecapi, kita berjaya menurunkan indeks jenayah, jalinan kerjasama dengan masyarakat dan kejayaan-kejayaan lain. Misalnya kita menjadi kontinjen pertama yang mengheret pesalah bagi kes pencemaran air.

"Kita akan berusaha meneroka dan mencari undang-undang sedia ada agar pesalah tersebut dibawa ke muka pengadilan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Gerakan memulihkan moral bangsa