Kegiatan kuari di hutan simpan membimbangkan

Keadaan Air Terjun Tanjung Batu yang dikongsi di media sosial sebelum projek kuari dilaksanakan. Gambar kanan: Keadaan terkini kawasan Air Terjun Tanjung Batu yang didakwa kesan penggondolan hutan bagi aktiviti kuari.
Keadaan Air Terjun Tanjung Batu yang dikongsi di media sosial sebelum projek kuari dilaksanakan. Gambar kanan: Keadaan terkini kawasan Air Terjun Tanjung Batu yang didakwa kesan penggondolan hutan bagi aktiviti kuari.
A
A
A

MANJUNG - Kegiatan kuari termasuk pengambilan tanah merah dalam kawasan tanah yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Hutan Simpan Segari Melintang di Manjung pernah ditimbulkan pada tahun 2017.

Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, kebimbangan itu pernah disuarakan kerana Kerajaan Perak telah meluluskan kegiatan kuari di sebahagian Kompartmen 13, 14, 15 dan 16, Hutan Simpan Segari Melintang.

Menurutnya, kegiatan kuari tersebut akan memberi impak kepada ekosistem hutan dan kawasan semula jadi pesisiran pantai.

Meor Razak
Meor Razak

“Kelulusan kegiatan kuari dalam HSK bercanggah dan tidak mematuhi ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-70 (MTN) pada tahun 2014 iaitu semua negeri digesa mengambil inisiatif mengawal atau sebolehnya mengelakkan sebarang kelulusan kegiatan perlombongan dan kuari dalam kawasan HSK.

“Kegiatan perlombongan dan kuari dalam kawasan HSK boleh menyebabkan fungsi kepelbagaian hayat hutan terjejas serta akan memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan hutan negara,” katanya pada Sabtu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SASM), Datuk Seri Abdul Malek Yusof mendedahkan, terdapat permohonan baharu kepada pihak berkuasa negeri untuk melaksanakan kegiatan kuari di sebahagian Kompartmen 19, 20 dan 21 seluas kira-kira 122 hektar serta kegiatan pengambilan tanah merah di sebahagian Kompartmen 54 seluas kira-kira 49 hektar.

Jelas SASM, apabila sesuatu kawasan HSK diluluskan untuk dilaksana kegiatan kuari, segala pokok bernilai akan ditebang habis dan litupan hutannya akan dimusnahkan terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

Bagi tujuan itu, SASM mengemukakan saranan dan cadangan kepada pihak berkuasa negeri berhubung pemuliharaan kawasan hutan simpan tersebut.