‘Malu Apa Bossku Rides’ promosikan Mersing

Mohd Youzaimi (tengah) menunggang motosikal sempena Program Malu Apa Bossku Rides.
Mohd Youzaimi (tengah) menunggang motosikal sempena Program Malu Apa Bossku Rides.
A
A
A

MERSING - Umno Bahagian Mersing dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama menunggang motosikal sekitar daerah ini menerusi Program Malu Apa Bossku Rides bagi mempromosikan tempat tarikan pelancong di Mersing.

Ketua Umno Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yosof berkata, program berkenaan turut mengumpulkan anak-anak muda yang meminati aktiviti bermotor, melakukan riadah santai semasa cuti Tahun Baharu Cina.

“Program ini berjaya menarik kira-kira 300 orang golongan muda dengan motor pelbagai jenis. Rata-rata peserta telah mendaftar sebagai pengundi.

“Peserta menyambut baik program ini dan berharap akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.

“Kita menyifatkan program ini sebagai satu program yang mengisi masa anak muda dengan aktiviti berfaedah. Ini bagi mengelakkan anak-anak muda ini membuat aktiviti yang melanggar undang-undang,” katanya.

Jelasnya, pemilihan nama program ‘Malu Apa Bossku’ juga mengikut trend terkini di mana frasa ini menjadi slanga anak muda selepas dipopularkan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, anak-anak muda sudah semakin muak dengan politik murahan PH yang berterusan menyalahkan BN dan Najib.

“Henti salahkan BN. PH kini adalah kerajaan. Maka, PH seharusnya menunaikan janji-janji manifesto mereka.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH kita akan meneruskan lagi program ini di dua lagi kawasan iaitu di Tenggaroh dan di Endau, selepas program ini mendapat sambutan baik di Mersing,” katanya.