X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek pecah rumah diberkas kurang 24 jam

Barang curi yang dirampas daripada suspek. Foto Ihsan IPD PD
A
A

PORT DICKSON - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang terlibat dengan kes pecah rumah di Linggi dalam tempoh kurang 24 jam pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.30 petang pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang pesara berusia 63 tahun telah membeli rumah di Jalan Tampin Linggi itu untuk dijadikan sebagai rumah persinggahan ketika waktu cuti.

Superintandan Aidi Sham
Superintandan Aidi Sham

"Kejadian disedari oleh anak saudara mangsa yang tinggal berdekatan, memaklumkan terdapat seorang lelaki menaiki kereta jenis Navara berwarna jingga di hadapan rumah mangsa dan berada dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil siasatan mendapati, suspek masuk ke dalam rumah dengan cara mengumpil pintu pagar besi rumah dan membawa lari sebuah televisyen, vakum dan dua kipas angin dengan kos kerugian bernilai RM2,000," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 1 tengah hari pada Sabtu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di Jalan Kampung Tampin Kanan, Linggi untuk bantu siasatan.

"Polis menemui dan merampas barang-barang yang dicuri termasuk kenderaan yang digunakan untuk tujuan jenayah," katanya.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk proses tahan reman.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!