Aiskrim pula tercemar Covid-19

Pihak berkuasa China kini berusaha untuk mengesan individu berisiko dijangkiti selepas tiga sampel aiskrim dicemari Covid-19. Gambar hiasan
Pihak berkuasa China kini berusaha untuk mengesan individu berisiko dijangkiti selepas tiga sampel aiskrim dicemari Covid-19. Gambar hiasan
A
A
A

BEIJING - Pihak berkuasa China kini berusaha untuk mengesan individu berisiko dijangkiti selepas tiga sampel aiskrim dicemari Covid-19.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kira-kira 4,836 kotak aiskrim tempatan dikeluarkan Syarikat Makanan Tianjin Daqiaodao yang dipasarkan di Tianjin didapati tercemar dan 2,089 daripadanya sudah diletakkan di ruang penyimpanan.

China Daily melaporkan sebanyak 1,812 lagi telah diedarkan ke wilayah lain dan 935 sudah memasuki pasar raya tempatan, namun hanya 65 terjual.

Susulan itu, pengguna yang membeli kotak aiskrim seberat 450 gram yang dihasilkan menggunakan serbuk susu dari Ukraine dan dadih susu dari New Zealand digesa merekodkan pergerakan mereka bagi memudahkan pengesanan jangkitan berpotensi.

Seramai 1,662 kakitangan syarikat itu juga sudah diarahkan menjalani pengasingan diri dan menjalani ujian saringan.

Sementara itu, ahli virologi di University of Leeds, Dr Stephen Griffin situasi itu mungkun berpunca daripada kontak dengan manusia.

"Ia mungkin berpunca daripada kilang pengeluar dan tahap kebersihan di premis tersebut. Aiskrim diperbuat daripada lemak dan ditempatkan pada suhu sejuk beku menyebabkan virus itu dapat bertahan lama," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: