WhatsApp tangguh perubahan perkongsian data

Aplikasi digunakan lebih dua bilion pengguna itu membatalkan tarikh akhir pada 8 Februari depan untuk menerima kemas kini syarat tentang perkongsian data dengan Facebook. Foto 123RF
Aplikasi digunakan lebih dua bilion pengguna itu membatalkan tarikh akhir pada 8 Februari depan untuk menerima kemas kini syarat tentang perkongsian data dengan Facebook. Foto 123RF
A
A
A

SAN FRANCISCO - WhatsApp pada Jumaat menangguhkan perubahan perkongsian data selepas pengguna menyuarakan kebimbangan terhadap pelanggaran privasi hingga ada yang mula beralih menggunakan perkhidmatan mesej milik pesaing mereka, Telegram dan Signal.

Aplikasi digunakan lebih dua bilion pengguna itu membatalkan tarikh akhir pada 8 Februari depan untuk menerima kemas kini syarat tentang perkongsian data dengan Facebook.

"Kami menerima aduan ramai pengguna yang keliru dengan kemas kini terbaharu tersebut. Ia sebenarnya tidak memperluas kemampuan kami untuk berkongsi data dengan Facebook," kata WhatsApp menerusi catatan blog.

Menurutnya lagi, mereka tidak akan dapat membaca mesej peribadi atau mendengar perbualan pengguna.

"Kami tidak menyimpan log mesej atau panggilan yang dibuat. Kami juga tidak dapat melihat lokasi anda yang dikongsi," katanya.

Difahamkan, kekeliruan yang timbul itu telah menyebabkan lonjakan jumlah pengguna aplikasi mesej disulitkan, Telegram dan Signal. - AFP

Artikel Berkaitan: