X

Kindly register in order to view this article
!

RM45 juta dari Tabung Covid-19 diagihkan: NADMA

935553
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM45 juta dari Tabung Covid-19 telah diagihkan kepada waris keluarga yang meninggal dunia akibat pandemik itu dan mereka yang terjejas pendapatan berikutan wabak itu.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, Tabung Covid-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta, baru-baru ini.

Beliau berkata, sebelum ini jumlah terkumpul tabung tersebut sebanyak RM45 juta telah pun diagihkan.

“Mereka yang layak menerima sumbangan ini telah pun disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ia diserahkan kepada NADMA untuk tindakan susulan. Setakat ini, kita masih ada baki sumbangan RM5 juta dari tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 di Serdang dekat sini pada Sabtu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!