X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan catat kes harian Covid-19 tertinggi

Sebanyak 141 kes baharu Covid-19 di rekodkan di Kelantan pada Sabtu dan ia merupakan jumlah kes harian tertinggi pernah dicatatkan di negeri ini.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Sebanyak 141 kes baharu Covid-19 di rekodkan di Kelantan pada Sabtu dan ia merupakan jumlah kes harian tertinggi pernah dicatatkan di negeri ini.

Berdasarkan Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sehingga jam 12 tengah hari tadi, jumlah tersebut melibatkan 123 kes tempatan dan 18 kes import B menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Kelantan ialah sebanyak 1,869 kes.

Ringkasan kes baharu ialah 59 kes di Kota Bharu, 24 di Bachok, 14 di Gua Musang, 10 di Tanah Merah, sembilan di Tumpat, lapan di Pasir Mas dan Machang, empat di Pasir Puteh dan Kuala Krai serta satu di Jeli.

Sebanyak 26 kes tamat tempoh pemantauan 14 hari iaitu 25 kes tempatan dan satu kes import B.

Lapan zon merah di negeri ini iaitu Kota Bharu, Kuala Krai, Tumpat, Bachok, Gua Musang, Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Hanya Pasir Mas berada dalam zon jingga dan Jeli dalam zon kuning, manakala sehingga kini tiada zon hijau dicatatkan di negeri ini.

Jumlah kes import aktif ialah 126 kes import B yang merentasi negeri 720 kes masih dalam rawatan termasuk di Unit Rawatan Rapi sebanyak 13 kes.

JKNK ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!