Filipina lanjut sekatan kemasukan pelancong luar negara

Pelancong memakai pelitup muka ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa di Manila. - AFP
Pelancong memakai pelitup muka ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa di Manila. - AFP
A
A
A

MANILA - Filipina pada Jumaat melanjutkan larangan kemasukan pelancong dari 32 negara bagi mengekang penularan varian baharu Covid-19 yang dikenali sebagai B117, yang pertama kali dikesan di Britain.

Langkah awal yang berakhir pada Jumaat depan akan dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 31 Januari.

Jurucakap presiden, Harry Roque berkata, Pasukan Petugas Antara Agensi (IATF) telah meluluskan langkah lanjutan berkenaan.

CNA News melaporkan, senarai negara itu termasuk United Kingdom (UK), Australia, China, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan, Filipina merekodkan kes pertama varian Covid-19 dari UK pada Rabu lalu.

Ia membabitkan seorang lelaki Filipina yang tiba dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 7 Januari. Dia menjalani ujian swab dan kemudian dikuarantin di sebuah hotel.

Disember lalu, negara itu melarang kemasukan pelancong dari 19 negara dan wilayah sehingga pertengahan Januari sebagai langkah mengekang varian baharu Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: