Jeffrey Kitingan pulih daripada Covid-19

Jeffrey dan isteri dibenarkan keluar dari Hospital Queen Elizabeth selepas dilaporkan pulih daripada Covid-19.
Jeffrey dan isteri dibenarkan keluar dari Hospital Queen Elizabeth selepas dilaporkan pulih daripada Covid-19.
A
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan pulih daripada jangkitan Covid-19 dan dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth sejak 4 Januari lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Turut dibenarkan keluar daripada hospital, isterinya, Datin Seri Cecilia Kitingan.

Jeffrey dalam satu kenyataan ringkasnya, menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan perubatan yang merawatnya sepanjang dua minggu beliau dirawat di hospital itu.

Beliau juga turut berterima kasih kepada rakan taulan, ahli keluarga dan yang menyokong serta mendoakan kesihatannya.

"Apa yang penting, saya berterima kasih atas tugas yang dilaksanakan petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa penat lelah, berkorban masa dan tenaga untuk melawan Covid-19," katanya.

Sinar Harian pada 4 Januari lalu melaporkan Jeffrey sedang menerima rawatan di hospital selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Artikel Berkaitan: