Suami isteri pilih tanaman herba manfaat kawasan lapang

Penulis teruja dengan dekorasi comel tertera 'Welcome to Herbs Garden' sambil dibentangkan buku kedatangan pelawat serta meja dan kerusi comel untuk minum petang.
Penulis teruja dengan dekorasi comel tertera 'Welcome to Herbs Garden' sambil dibentangkan buku kedatangan pelawat serta meja dan kerusi comel untuk minum petang.
A
A
A

KUANTAN - Anda suka bercucuk tanam....tapi tinggal di rumah lot tengah. Tak ada ruang? Tak cukup masa? Siapa kata itu semua tak boleh direalisasikan.

Bak kata pepatah 'hendak seribu daya tak hendak seribu dalih'.

Bagi pasangan Abdullah Muji, 58, dan Siti Mariah Alias, 50, rumah yang tiada pokok ibarat tiada makanan dan bercucuk tanam mengingatkan manusia kepada kematian.

Justeru, mereka mewujudkan Taman Mini Herba yang mampu menjadi medan mengeratkan jalinan kasih sayang, cinta dan hubungan dengan anak-anak.

Oleh kerana kediaman mereka di Kampung Sungai Merab Luar berada di tengah, pasangan tersebut menjadikannya sebagai cabaran dengan menggunakan sepenuhnya ruang belakang rumah itu.

Perubahan 100 peratus ruang terbiar itu ditanam 30 jenis tumbuhan herba didalam pasu dan kebanyakannya sukar ditemui.

Abdullah berkata, dia mengagumi kawasan rumah yang memiliki sebuah taman hebat dipenuhi kehijauan kerana tidak semua individu mempunyai minat berkebun.

Bagi saya, siapa yang memilikinya merupakan seorang yang hebat mengatur kehidupan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara herba yang ditanam ialah mahkota dewa, misai kucing, buah ajaib, belalai gajah, mas cotek jantan, mas cotek betina, sireh, bangun-bangun dan sabung nyawa.

Turut menghiasi tamannya ialah senduduk putih, senduduk ungu, kunyit hitam, jerangau, dukung anak, halia bentong, mengkudu, kemangi, limau purut dan gandarusa.

“Untuk kegunaan harian dan masakan pula saya ada tanam selom, limau purut, lemon, daun pandan, kunyit, limau nipis, cili padi, ulam raja, tomato, daun bawang, lengkuas, halia, daun kari, keladi sayur, ubi jaga, daun sup mulberi dan beberapa jenis herba lain.

Abdullah menunjukkan mahkota dewa serta daun misai kucing dan belalai gajah yang telah dikeringkan. (Kanan: Siti Mariah)
Abdullah menunjukkan mahkota dewa serta daun misai kucing dan belalai gajah yang telah dikeringkan. (Kanan: Siti Mariah)

“Kalau nak makan terus petik dan sedikit sebanyak menjimatkan perbelanjaan kami sekeluarga. Lagipun kami sekeluarga gemar makan ulam-ulaman segar kerana baik untuk kesihatan di samping saya sahut seruan kerajaan untuk menanam sayur sendiri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abdullah berkata selain untuk kegunaannya sekeluarga, dia juga dapat menjana pendapatan kerana herba itu permintaan yang tinggi daripada rakan-rakan di media sosial dan masyarakat sekeliling.

“Mahkota dewa, misai kucing, mas cotek dan belalai gajah selalunya saya akan keringkan untuk kegunaan sendiri. Selain itu juga saya buat bungkusan kecil untuk diberikan pada saudara mara, jiran dan rakan-rakan dipejabat. Ada juga rakan-rakan yang beli.

“Sebenarnya saya tak jual tapi ada yang nak beli sebab tahu tiada bahan sampingan yang dicampurkan.

Sementara itu, bagi Siti Mariah, selain dapat dimanfaatkan untuk keperluan harian, tanaman ini penting kerana mampu mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti.

Siti Mariah bersyukur kerana suami mempunyai minat yang sama bukan sahaja menjaga tanaman yang berada di kawasan halaman rumah tetapi turut mengambil berat ruang diluar kediamannya.

“Contohnya di rumah ada kawasan tanah lapang dihujung pejalan kaki berhadapan rumah saya. Suami ada menanam pucuk ubi, serai, nenas, keladi, pisang, pandan untuk kegunaan seharian. Tapi biasalah bila kita tanam di luar rumah belum tentu dapat rasa hasilnya

“Kadang-kadang burung atau pun orang yang lalu lalang akan mengambil terlebih dahulu. Tapi saya dan suami ikhlaskan kerana dengan cara tersebut dapatlah kita bersedekah secara tidak langsung. Sebab kadang-kadang saya ada beritahu jiran-jiran jika berkenan ambil sahaja,”katanya.

Dalam pada itu, untuk mendapatkan ilmu tentang penjagaan herba, Mariah sering membaca majalah dan melayari media sosial seperti Facebook.

“Saya juga ada memberi sedikit tip seperti cara penanaman, penjagaan pokok bersama-sama kawan di media sosial. Pada saya inilah satu cara memberikan ilmu dan sedekah secara tidak langsung.

"Bagaimanapun, katanya menjaga pokok berkenaan tidak sukar kerana bukan membaja semata-mata menjadikan pokok kita hidup subur.

“Tetapi pada saya makanan yang paling baik untuk tumbuhan di taman herba saya ini terus membesar dan subur secara optimum adalah belaian mesra dan kata-kata pujian," katanya.