Jangkitan Covid-19 di Indonesia lepasi angka 14,000

 Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

JAKARTA - Jangkitan Covid-19 di Indonesia semakin membimbangkan, selepas merekodkan kes baharu melepasi angka 14,000 kes untuk tempoh 24 jam.

Selepas mencatatkan 12,818 kes pada Jumaat, jumlah jangkitan baharu pada Sabtu terus melonjak kepada 14,224 kes.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif keseluruhan di republik itu meningkat kepada 896,642 kes, manakala jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 25,767 orang, selepas merekodkan 283 lagi kematian.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 223,970 kes, manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan, iaitu 6,833 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: