Penjual santan meninggal dunia dalam kereta

Mangsa ditemukan meninggal dunia dalam keretanya yang diletakkan di tepi Jalan Bayan Lepas pada pagi Sabtu.
Mangsa ditemukan meninggal dunia dalam keretanya yang diletakkan di tepi Jalan Bayan Lepas pada pagi Sabtu.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Seorang penjual santan ditemukan meninggal dunia dalam keretanya yang diletakkan di tepi Jalan Bayan Lepas di sini pada pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 11.07 pagi itu, mangsa, Nik Asnawi Nik Abdullah, 43, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum mereka menghubungi talian kecemasan bagi melaporkan kejadian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, sepasukan anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam (APM) bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, daripada keterangan isteri mangsa lelaki berkenaan bekerja sebagai penjual santan di Jalan Permatang Damar Laut.

"Sebelum keluar rumah pagi tadi, suaminya dengan seorang anak ada mengangkat barang untuk pindah rumah dari Bukit Gedung ke kawasan Sungai Nibong dan keluar semula menaiki kereta Proton Wira.

"Lelaki berkenaan pernah mengadu sakit urat dan gastrik tiga hari lalu sebelum mengambil ubat di farmasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Anbalagan berkata, lelaki itu dikatakan tidak pernah menerima rawatan di hospital sebelum ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat selain perlu menjalani ujian calitan Covid-19.

Artikel Berkaitan: