Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat diwujudkan

Perdana Menteri hari ini pengerusikan Sidang Darurat MKN bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri. -Foto Bernama
Perdana Menteri hari ini pengerusikan Sidang Darurat MKN bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu dibentuk melalui Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas proklamasi darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Januari lalu.

Menurut beliau, jawatankuasa berkenaan juga antara lain membincangkan hala tuju pengurusan darurat di peringkat Persekutuan dan negeri yang dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Sabtu.

Muhyiddin berkata, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan bersama Menteri Undang-Undang dan Ketua Setiausaha Negara.

"Jawatankuasa itu juga akan dianggotai lapan ahli tetap iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan Ketua Kluster.

“Ia akan memantau isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat antaranya meneliti dan mengkaji isu berbangkit berkaitan darurat dan mengesyorkan cadangan penyelesaian.

“Selain itu, jawatankuasa berkenaan akan menyelaras pengurusan darurat bersama pihak yang berkaitan di peringkat Persekutuan dan negeri selain mengetuai pemantauan dan naziran penguatkuasaan undang-undang berkaitan darurat di semua peringkat,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya pada Sabtu.

Muhyiddin turut berharap jawatankuasa yang ditubuhkan itu mendapat kerjasama dan sokongan di semua peringkat bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara dapat dilakukan dengan berkesan.

Artikel Berkaitan: