X

Kindly register in order to view this article
!

Bukan masa desak Ahmad Zahid letak jawatan: Jalaluddin

AHMAD ZAHID
A
A

JELEBU - Semua ahli UMNO perlu bertenang dan terus memberi fokus membantu rakyat dalam tempoh pandemik Covid-19.

Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, sekarang bukan masa untuk mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebaliknya terus kekal bergabung tenaga ketika rakyat dalam kesusahan luar biasa.

"Ini bukan masa yang sesuai kita hendak mendesak itu ini, baik kita kuatkan parti, bantu rakyat yang sekarang mengalami kesusahan bukan sahaja ekonomi tetapi kesihatan dan kawalan bencana banjir yang sedang melanda negara.

"Janganlah kita berbalah, sebaliknya mari bersama untuk memastikan UMNO terus kuat dan kekal stabil bagi menghadapi PRU15.

"Soal Presiden itu biarlah dulu, kita perlu hormati sistem dan institusi UMNO itu sendiri kerana beliau (Ahmad Zahid) dipilih melalui pemilihan serta mendapat sokongan semua perwakilan. Jangan kita burukkan keadaan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Ahli Parlimen Jelebu itu setiap pihak berhak meluahkan pendapat tetapi tidak perlu keterlaluan sehingga boleh memecah-belahkan parti terbesar Melayu ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang sebelum ini meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu dengan rasa hormat.

Beliau berkata, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

ARTIKEL BERKAITAN Minta Ahmad Zahid berehat: Jangan keruhkan lagi keadaan, kata Rizam


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!