Dua pusat hiburan diarah tutup, 11 individu dikompaun

Dua premis hiburan diarah ditutup selepas gagal patuhi SOP PKPB di Sitiawan. Foto: ihsan polis
Dua premis hiburan diarah ditutup selepas gagal patuhi SOP PKPB di Sitiawan. Foto: ihsan polis
A
A
A

LUMUT - Polis Manjung mengarahkan dua dua pusat hiburan di sekitar Sitiawan ditutup pada Sabtu selepas didapati ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, melalui pemantauan polis bersama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) antara jam 10 malam hingga 12.01 tengah malam itu, seramai 11 individu berusia 25 hingga 30 tahun turut dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP.

Menurutnya, dua lelaki masing-masing penjaga premis dikenakan kompaun atas kesalahan menjalankan aktiviti terlarang di bawah Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Sembilan pelanggan termasuk dua wanita turut dikenakan kompaun mengikut Peraturan 12 peraturan yang sama,” katanya.

Nor Omar berkata, orang ramai dinasihatkan terus mematuhi SOP ditetapkan bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Katanya, polis juga tidak akan berkompromi dengan terhadap mereka yang didapati ingkar SOP sepanjang tempoh PKPB dikuatkuasakan.

Artikel Berkaitan: