X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja kilang maut, kereta terbabas

Keadaan kereta yang remuk selepas dikatakan terbalik beberapa kali sebelum mangsa tercampak keluar pada kejadian nahas di Jalan Tun Hussein Onn, Seberang Jaya pada Sabtu.
A
A

SEBERANG JAYA - Seorang pekerja kilang maut selepas kereta yang dipandu terbabas dalam kejadian berhampiran stesen minyak di Jalan Tun Hussein Onn, di sini pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa Muhammad Juffri Aidil Jamaluddin, 23, yang memandu kereta jenis Produa Myvi maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah akibat tercampak keluar daripada kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup di stesen minyak terbabit mendapati kereta dipandu mangsa terbabas sendiri dan terbalik beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa tercampak keluar.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati keadaan cuaca baik, jalan lurus, rata dan berturap malah tiada kesan brek ditemui di atas jalan raya.

"Kereta Perodua Myvi warna kelabu milik mangsa dilihat berada melintang di atas jalan laluan keluar stesen minyak mengalami rosak teruk di bahagian depan, atas, kiri, dan kanan akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Shafee berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!