Covid-19: Pusat Khidmat ADUN Jabi ditutup sementara

DR AZMAN IBRAHIM
DR AZMAN IBRAHIM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi ditutup buat sementara waktu susulan berlaku kontak rapat antara kakitangan pusat khidmat itu dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu berkata, mereka yang terlibat sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing dan urusan swab test telah dilakukan di bawah pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

“Mukim Jabi dan Mukim Kerandang dalam DUN Jabi antara kawasan yang menunjukkan peningkatan mendadak kes positif Covid-19.

“Walau dalam keadaan penuh berjaga-jaga dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, kebajikan rakyat Jabi adalah keutamaan. Khidmat kepada rakyat terus berjalan dengan kita meminimakan hubungan secara bersemuka.

“Buat sementara waktu, semua kakitangan diarahkan bekerja dari rumah,” katanya dalam kenyataan dalam Facebook rasminya.

Beliau turut menasihatkan agar orang ramai kekal bertenang dan sentiasa menjadi diri serta mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: