X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga maut, jururawat cedera kereta bertembung elak anjing

Keadaan kenderaan mangsa kemalangan remuk. - Foto Ihsan PDRM
A
A

JEMPOL - Seorang peniaga maut manakala seorang jururawat cedera selepas kenderaan mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 19 jalan Bahau - Kemayan berhampiran sebuah kuil pada pagi Sabtu.

Kejadian kira-kira 8.11 pagi itu menyebabkan peniaga, Nor Asmah Ja'afar, 55, dari Felda Lui Selatan 2 mengalami kecederaan parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, ketika kejadian kereta Toyota Vios dipandu seorang jururawat berusia 30 tahun dari Air Hitam menghala ke Kemayan, Pahang dipercayai mengelak seekor anjing yang berada di laluannya.

Menurutnya, kenderaan itu kemudiannya masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan kereta mangsa.

"Akibat pertembungan mangsa yang memandu kereta Proton Wira disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Vios mengalami kecederaan di bahagian perut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat manakala jururawat terbabit dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!