Tiga suspek pecah masuk spa diberkas

Antara barangan yang dirampas bersama suspek berhubung kes pecah masuk sebuah spa di sini.
Antara barangan yang dirampas bersama suspek berhubung kes pecah masuk sebuah spa di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk sebuah spa di Jalan Sri Hartamas di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua suspek ditahan di lokasi berbeza.

Menurutnya, seorang suspek berusia 34 tahun ditahan di Pekan Ayer Hitam, Kedah manakala suspek kedua merupakan seorang wanita berusia 33 tahun ditahan di Setapak.

"Suspek terakhir berusia 46 tahun ditahan di Jalan Gombak, Kuala Lumpur," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Anuar berkata, tangkapan dilakukan berikutan laporan yang dibuat mangsa berusia 32 tahun mengenai spa miliknya yang telah dipecah masuk.

"Antara barangan yang hilang ialah tiga unit kotak barangan elektrik dianggarkan bernilai RM2,700 dan tiga kotak barangan suntikan vitamin kesihatan bernilai RM30,000," katanya.

Katanya, kesemua suspek direman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: