'Desak Agong batal darurat, tidak rasa malu ke?'

Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin Pas menempelak tindakan pihak yang mendesak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membatalkan darurat.

Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam ciapannya di Twitter menyifatkan gesaan itu tidak sesuai pada waktu ini apatah lagi Yang di-Pertuan Agong sedang sibuk membantu mangsa banjir.

“Ada yang sibuk desak YDPA (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat tapi YDPA sibuk melawat dan bantu mangsa banjir. Tak rasa malu ke?” soalnya dalam ciapannya di laman Twitternya pada Sabtu.

Pada Khamis, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua ahli Parlimen mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengisytiharan darurat dibatalkan dan Parlimen bersidang secepat mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar hantar surat kepada semua MP rayu Agong batal darurat

Dalam surat yang dihantar kepada ahli Parlimen, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta mereka menulis warkah tersebut pada Jumaat supaya Parlimen dapat bersidang sebelum 31 Januari.

Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif pandemik Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu pada Isnin.

Artikel Berkaitan: