X

Kindly register in order to view this article
!

Helah tegur mangsa duit tercicir sebelum ragut

Antara barangan yang dirampas daripada kedua-dua suspek dalam tangkapan di Jalan PJS 3/22, Taman Seri Manja, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki dipercayai terlibat kes ragut melibatkan seorang wanita warga emas di Jalan Klang Lama pada 22 Disember lalu diberkas polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua suspek berjaya diberkas polis di Jalan PJS 3/22, Taman Seri Manja, Petaling Jaya, Selangor.

"Siasatan dijalankan mendapati kedua-dua suspek terlibat dalam kejadian ragut seorang wanita berumur 69 tahun ketika mangsa dan anaknya berjalan kaki di tepi Jalan Klang Lama berhadapan Pearl Point.

"Mangsa didatangi suspek yang menunggang motosikal. Suspek menggunakan helah dengan menegur mangsa mengatakan duit mangsa tercicir sebelum bertindak meragut rantai leher mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa mengalami kerugian anggaran RM500.

"Kedua-dua suspek berjaya ditahan dengan beberapa barangan rampasan antaranya enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, dompet berwarna coklat jenama Coach, kad pengenalan (MyPoca), cukai jalan motosikal, lesen memandu kelas B2 serta beberapa barangan lain lagi.

"Kedua-dua suspek berusia 31 dan 34 tahun itu mengaku terlibat dengan kes yang disiasat tersebut," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama lima hari bermula 15 hingga 19 Januari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!