X

Kindly register in order to view this article
!

Mufti Selangor nafi keluar kenyataan rasmi menerusi rakaman telefon

Mohd Tamyes Abdul Wahid
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Negeri Selangor menafikan rakaman suara panggilan telefon daripada individu tidak dikenali berkaitan soal jawab agama mengenai sebuah syarikat multinasional yang tular dalam media sosial adalah kenyataan rasmi dikeluarkan agensi tersebut.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menerusi satu kenyataan memaklumkan semua jawapan agama yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut adalah pandangan hukum bagi menjawab soalan dikemukakan.

Menurutnya, walaupun jawapan tersebut bukan fatwa tetapi ia merupakan suatu panduan hukum yang perlu dijadikan pedoman dalam kehidupan harian sebagai seorang Muslim.

"Ini kerana tidak semua isu atau persoalan perlu difatwakan. Fatwa merupakan keputusan kepada persoalan berkaitan isu baharu yang tidak jelas status hukumnya.

"Sesuatu perkara itu tidak dianggap sebagai fatwa sehingga ia diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook agensi itu pada Jumaat.

Mohd Tamyes berkata, berkaitan dengan isu syarikat multinasional terbabit atau mana-mana perniagaan yang bersifat nasional akan dirujuk dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang diurusetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Umat Islam dinasihatkan agar meninggalkan segala aktiviti, kumpulan, pertubuhan dan perniagaan yang diketahui dengan jelas tujuannya adalah untuk penyebaran agama atau fahaman yang bertentangan dengan Islam," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!