X

Kindly register in order to view this article
!

Duterte anggap wanita tak sesuai pimpin Filipina

Sara berswafoto bersama bapanya, Presiden Rodrigo Duterte ketika meraikan kemenangan semasa pilihan raya tempatan pada 2019.
A
A

MANILA - Presiden Rodrigo Duterte sekali lagi mengeluarkan kenyataan berbaur seksis apabila menganggap golongan wanita tidak sesuai untuk memimpin Filipina.

Duterte memberi alasan, kaum hawa lebih beremosi ketika membuat keputusan berbanding lelaki.

Justeru, beliau menolak spekulasi bahawa anak perempuannya bakal menggantikan tempatnya pada tahun hadapan.

"Usah bimbang. Anak perempuan saya tidak bertanding pada pemilihan tahun hadapan.

"Lagi pun, saya tidak mahu dia rasa apa yang telah saya rasakan sepanjang menjadi Presiden.

"Kesimpulannya, jawatan Presiden bukan untuk wanita," ujar Duterte.

Duterte, 75, terkenal kerana sering mengeluarkan kenyataan kontroversi dan seksi, namun Pejabat Presiden menganggap ia sekadar jenaka dan tidak berbahaya.

Pun begitu, Duterte tetap popular dalam kalangan pengundi wanita di Filipina.

Sebelum ini, anak perempuan Duterte, Sara Duterte-Carpio mendahului tempat teratas tinjauan pendapat senarai bakal calon untuk Pilihan Raya Presiden 2022.

Sara, 42, sebelum ini menggantikan tempat bapanya sebagai Datuk Bandar Davao City.

Selain Sara, pengkritik tegar Duterte, Leni Robredo dan Senator Grace Poe antara wanita yang disebut-sebut bakal merebut jawatan nombor satu Filipina pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Filipina menyaksikan dua Presiden wanita iaitu Gloria Macapagal Arroyo dari 2001 hingga 2010 dan Corazon Aquino yang memerintah dari 1986 hingga 1992. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!