Tun Salleh Abas meninggal dunia

Tun Dr Mohamed Salleh Abas
Tun Dr Mohamed Salleh Abas
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas, 91, menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.20 pagi Sabtu di Hospital Sultanah Raja Nurzahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Terengganu.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anak-anaknya dalam aplikasi WhatsApp.

“Dengan amat dukacita, ayahanda kami, Tun Mohd Salleh Abas telah kembali ke rahmatullah pada jam 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021.

“May ALLAH forgive him and place him amongst the righteous. May ALLAH reward him with Jannatul Firdaus,” kata mereka.

Khamis lalu, media melaporkan Allahyarham Mohd Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Bhd disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ serta berada dalam keadaan stabil.

Allahyarham berasal dari Kampung Raja, Besut merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

Beliau juga terkenal sebagai Ketua Hakim Negara yang dipecat semasa krisis Perlembagaan pada tahun 1988, sekali gus mengakibatkan kehilangan pencennya.

Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih atas tiket Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada tahun 1999.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Salleh Abas positif Covid-19