X

Kindly register in order to view this article
!

Institut pendidikan di Kelantan, Sibu ikut operasi PKP: KPM

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Kelantan dan Sibu di Sarawak perlu mengikut ketetapan pengoperasian institusi pendidikan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti diumumkan sebelum ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan ketetapan itu susulan Kelantan dan Sibu dikenakan PKP seperti diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Merujuk kepada ketetapan yang dikeluarkan KPM sebelum ini, sesi persekolahan secara bersemuka bagi institusi pendidikan di bawah KPM di kawasan PKP hanya melibatkan murid menduduki peperiksaan utama tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Peperiksaan itu termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, pengoperasian institusi pendidikan dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!