Bekas pelajar tajaan Mara lemas di New Zealand

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang warganegara Malaysia, Ehsan Zakaria, 24, dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika beriadah bersama beberapa orang rakan di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand pada Jumaat.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memberitahu, Ehsan yang merupakan bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Auckland meninggal dunia pada jam 7.30 malam waktu tempatan.

"Mayat Ehsan telah dipindahkan ke Dunedin Hospital bagi proses bedah siasat.

"Keluarganya juga sudah maklum akan kejadian tersebut dan pihak Suruhanjaya Tinggi akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mereka," katanya.

Menurut kenyataan sama, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington turut menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga dan kenalan mangsa di atas insiden yang berlaku.

Artikel Berkaitan: