Tiada kenyataan berhubung penahan pesawat PIA

Pakistan International Airlines (PIA)
Pakistan International Airlines (PIA)
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada sebarang kenyataan berhubung insiden pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) yang didakwa ditahan di Malaysia.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataan berkata, ia bagi menghormati proses perundangan iaitu prosiding secara inter-parte yang dijadualkan di dengar di mahkamah pada 24 Januari ini.

"MOT mengambil maklum permintaan media untuk memberi maklum balas berhubung perkara itu, namun kementerian tidak akan membuat kenyataan bagi menghormati proses

perundangan yang sedang berlangsung," katanya.

Sementara itu, menurut laporan Reuters, pesawat berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa tempatan atas kes mahkamah Britain.

Bagaimanapun wakil syarikat berkenaan dilapor tidak menyatakan secara terperinci di mana lokasi pesawat berkenaan ditahan dan perincian kes mahkamah.

PIA menyifatkan bahawa tindakan penahanan pesawat berkenaan tidak dapat diterima dan meminta pemimpin tertinggi Pakistan membangkitkan isu berkenaan secara diplomatik.

Artikel Berkaitan: