3,211 lagi kes baharu Covid-19 direkod hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 3,211 kes baharu positif Covid-19 dan lapan kematian pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kini sebanyak 151,066.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 35,253," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara.

"Penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,206 kes dengan 2,045 melibatkan rakyat tempatan dan 1,161 adalah warga asing," katanya.

Beliau berkata, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 889 kes.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 658 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan," katanya.

Beliau berkata, Johor melaporkan 535 kes diikuti Sabah sebanyak 514 kes.

Artikel Berkaitan:

"Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 401 kes, selain Pulau Pinang (194), Kedah (142), Terengganu (92), Kelantan (79), Perak (74), Negeri Sembilan (70), Pahang (70), Sarawak (60), Melaka (58), Putrajaya (24) dan Labuan (sembilan)," katanya.

Menurutnya, sebanyak 12 kes yang dilaporkan berkaitan kluster di lokap, depot tahanan Imigresen dan penjara.

"Ia membabitkan Kluster Tembok Kemus sebanyak enam kes, selain Kluster Penjara Seberang Perai (dua), Kluster Matambai (dua), Kluster Telok Mas (satu) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (satu)," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 204 kes positif Covid-19 yang sedang

dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 pada hari ini (Jumaat) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 586 kes," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa berusia antara 50 hingga 79 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit lain.

Sementara itu, beliau berkata, bilangan kes sembuh adalah sebanyak 1,939 kes.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 115,227 kes bersamaan 76.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.