Covid-19 makin kritikal di Indonesia, hampir 13,000 kes sehari

Jangkitan Covid-19 di Indonesia terus meningkat dan membimbangkan apabila merekodkan kes baharu melepasi angka 12,000 kes untuk tempoh 24 jam.
Jangkitan Covid-19 di Indonesia terus meningkat dan membimbangkan apabila merekodkan kes baharu melepasi angka 12,000 kes untuk tempoh 24 jam.
A
A
A

JAKARTA - Jangkitan Covid-19 di Indonesia terus meningkat dan membimbangkan apabila merekodkan kes baharu melepasi angka 12,000 kes untuk tempoh 24 jam.

Selepas mencatatkan 11,557 kes semalam, jumlah kes hari ini direkodkan tertinggi setakat ini apabila mencatatkan 12,818 kes baharu.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, covid19.go.id. dan hari ini, kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 882,418 kes manakala jumlah keseluruhan kematian bertambah kepada 25,484 orang selepas merekodkan 238 lagi kematian.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 220,434 kes manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan iaitu 6,779 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: