UTC Melaka ditutup kes Covid-19

Anggota bomba berada di kawasan UTC Melaka bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi susulan selepas seorang pekerja di situ disahkan positif Covid-19.
Anggota bomba berada di kawasan UTC Melaka bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi susulan selepas seorang pekerja di situ disahkan positif Covid-19.
A
A
A

MELAKA - Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah di sini ditutup serta merta pada tengah hari Jumaat selepas seorang kakitangannya didapati positif Covid-19.

Pengurus UTC Melaka Siti Aisyah Mahmood berkata, bagaimanapun bangunan itu akan kembali beroperasi seperti biasa pada esok (Sabtu) bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Menurutnya, pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta itu terpaksa ditutup kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Jumaat tadi bagi kerja-kerja sanitasi.

"Operasi UTC Melaka ditutup separuh hari bagi kerja-kerja sanitasi di seluruh pejabat UTC oleh pasukan bomba.

"Pelanggan dan kakitangan telah diminta mengosongkan premis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, proses sanitasi di bangunan berkenaan dilakukan selepas seorang kakitangan wanita berusia 20an yang bertugas di bahagian pengurusan UTC di bangunan itu didapati positif Covid-19.

Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai mendapat jangkitan tersebut daripada bapanya serta ahli keluarga lain yang turut positif Covid-19.

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, pusat tersebut ditutup kerana terdapat kakitangan di situ yang disahkan positif Covid-19 membabitkan jangkitan keluarga mukim Bukit Baru.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan penting untuk mereka mengamalkan SOP ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik ini," katanya.