X

Kindly register in order to view this article
!

Wan Junaidi alukan Bank Rakyat tawar moratorium bantu mangsa banjir

Bank Rakyat
A
A

SHAH ALAM – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengalu-alukan inisiatif Bank Rakyat bagi menawarkan kemudahan moratorium selama enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir melanda negara sejak akhir tahun lalu.

Katanya, langkah ini diambil oleh Bank Rakyat bagi mengurangkan beban kewangan ditanggung oleh pelanggan yang terjejas dalam merancang komitmen pembiayaan lebih-lebih lagi mereka yang turut berdepan dengan kekangan kewangan akibat pandemik Covid-19.

“Sebagai bank yang prihatin, Bank Rakyat memahami kesukaran yang dihadapi pelanggan termasuk individu dan usahawan berikutan bencana ini lebih-lebih lagi selepas kerajaan mengetatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di seluruh negara baru-baru ini.

“Justeru, inisiatif yang diambil Bank Rakyat ini diharapkan dapat memberikan impak positif serta membantu meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Bank Rakyat mengumumkan peruntukan bantuan khas untuk mangsa banjir berjumlah RM500,000 dan ia akan diagihkan menerusi pejabat wilayah dan cawangan Bank Rakyat khususnya di sekitar kawasan yang terjejas.

Pelanggan yang menghadapi kesukaran bagi meneruskan pembayaran pembiayaan mereka akibat terkesan dengan bencana ini boleh memohon bantuan moratorium bermula pada 20 Januari.

Antara produk yang ditawarkan bantuan moratorium termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i dan Pembiayaan Mikro-i.

Pelanggan boleh menghubungi Bank Rakyat melalui e-mel [email protected] dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan dan salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

Cara lain ialah hubungi pusat panggilan di talian 1300800800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat Wilayah berdekatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!