Dua lelaki disyaki miliki kerambit ditahan

Antara barangan yang dirampas daripada dua lelaki di tepi Jalan Persiaran Tropicana, Damansara di sini Khamis.
Antara barangan yang dirampas daripada dua lelaki di tepi Jalan Persiaran Tropicana, Damansara di sini Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua lelaki ditahan di tepi Jalan Persiaran Tropicana, Damansara di sini Khamis kerana disyaki memiliki kerambit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dua lelaki yang berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah kereta Proton Pesona pada jam 11 malam.

"Anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah bermotosikal ternampak kenderaan yang dinaiki dua lelaki tersebut dalam keadaan yang mencurigakan.

"Siasatan lanjut kita menjumpai satu kerambit berukuran kira-kira 17 sentimeter, satu replika kerambit berukuran 22 sentimeter dan dua batang kayu menyerupai pedang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Nik Ezanee berkata, kedua-dua suspek itu ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. jika sabitkan kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun dan sebatan," katanya.

Artikel Berkaitan: