X

Kindly register in order to view this article
!

Harga RON97, RON95 naik 5 sen

A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik lima sen iaitu RM2.19 dan RM1.89 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam Sabtu sehingga 22 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit diesel turut naik tiga sen kepada RM2.05 berbanding RM2.02 sen seliter sebelum ini.

“Harga baharu ini adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!