KKM kesan 18 kluster rentas negeri

Sebanyak 18 kluster berpunca daripada pergerakan rentas negeri sejak 7 Disember sehingga semalam. - Foto 123RF
Sebanyak 18 kluster berpunca daripada pergerakan rentas negeri sejak 7 Disember sehingga semalam. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 18 kluster yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri sejak 7 Disember sehingga semalam.

Menerusi ciapan di laman mikro Twitter KKM, tujuh daripada kluster itu membabitkan negeri Kelantan.

"Pahang, Sarawak dan Perak masing-masing tiga kluster," menurut Tweet itu lagi.

Terengganu pula merekodkan dua kluster melibatkan pergerakan rentas negeri.

Menurut KKM, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 membabitkan 18 kluster itu ialah sebanyak 1,378 kes.

Artikel Berkaitan: