34 korban gempa bumi di Sulawesi

 Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban dan ratusan lain cedera selepas gempa bumi sekuat 6.2 skala Richter melanda Sulawesi Barat, awal pagi Jumaat.
Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban dan ratusan lain cedera selepas gempa bumi sekuat 6.2 skala Richter melanda Sulawesi Barat, awal pagi Jumaat.
A
A
A

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban dan ratusan lain cedera selepas gempa bumi sekuat 6.2 skala Richter melanda Sulawesi Barat, awal pagi Jumaat.

Menerusi laporan AFP, Ketua Agensi Pencegahan Bencana (BNBP) Sulawesi, Ali Rahman berkata, jumlah korban dan mangsa cedera dijangka terus meningkat dalam masa terdekat.

Menurutnya, maklumat terkini yang mereka peroleh seramai 26 orang maut dan semuanya berlaku di bandar Mamuju.

“Angka itu boleh bertambah tetapi kami berharap ia tidak berlaku. Ramai yang mati tertimbus di bawah runtuhan bangunan,” katanya.

Difahamkan, seramai 2,000 penduduk berpindah ke tempat yang lebih selamat selepas beberapa bangunan dilaporkan musnah dan runtuh.

Terdahulu, maklumat dalaman daripada BNPB menunjukkan seramai empat orang mati dan 637 yang lain mengalami kecederaan di Majene, sementara tiga kematian lain berlaku dan 24 cedera di Mamuju, ibu negara wilayah Sulawesi Barat.

Anggota mencari dan menyelamat turut berusaha mengesan puluhan pesakit dan kakitangan hospital yang terperangkap di bawah runtuhan hospital termasuk mangsa yang terperangkap dalam runtuhan rumah.

Sekurang-kurangnya sebuah hotel runtuh selepas gempa yang melanda pada jam 2.18 pagi (waktu tempatan) itu, manakala pejabat gabenor wilayah turut mengalami kerosakan teruk.

Artikel Berkaitan:

Di laman sosial, tular keadaan dan suasana kawasan selepas gempa bumi berlaku, banyak kerosakan dikenalpasti termasuk kerosakan kenderaan, rumah dan terdapat juga mangsa yang dijumpai masih hidup terperangkap dalam runtuhan bangunan.

ARTIKEL BERKAITAN Amaran gempa lebih kuat dan tsunami di Sulawesi Barat