Penangan AJL, pengikut Sufian cecah 1 juta

Sufian Suhaimi
A
A

SEJAK berakhirnya pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), Ahad lalu, nama Sufian Suhaimi terus hangat diperkatakan.

Dan ia secara tidak langsung memberi kesan positif buat penyanyi itu apabila pengikut di akaun Instagramnya naik mendadak sejak lima hari lalu.

Terbaharu, penyanyi yang cukup hit dengan lagu Dimatamu ini berkongsi gambarnya menghulurkan setangkai bunga mawar sebagai tanda penghargaan buat satu juta pengikutnya.

"1M followers appreciation post," tulisnya ringkas pada kapsyen gambar yang sudah mendapat lebih 100,000 tanda like itu.